BFM - 78™

Seleksi Muzik Rileks Terhebat

Menyiarkan maklumat dan program hiburan radio yang berkualiti berkonsepkan seleksi muzik yang santai dengan pilihan muzik yang terhebat.MISI's - BAYANGANFM

Copyright © BFM - 78™ | Powered by AddonCreative(20142307C)
Design by addoncreativemedia | www.bayanganfm.net sistem Shoutcast 2014 V2

Follow us on facebook

Dua dunia berbeza dalam CEO

  • Dua dunia berbeza dalam CEO
BAGI penggemar filem tempatan berkualiti, pastinya CEO menjadi filem wajib untuk ditonton anda di layar perak.

Bergenre komedi, filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Razaisyam Rashid ini mampu menepis tanggapan bahawa industri filem tanah air kita ketiadaan karya bermutu dan menarik.

Menampilkan pelakon-pelakon hebat dan berkarisma antaranya Remy Ishak, Beto Kusyairy, Deanna Yusof dan Cristina Suzanne, CEO menjanjikan kelainan dengan filem-filem Melayu lain yang sudah ditayangkan di arus perdana.

Filem pertama terbitan Arafilm ini, berkisar tentang kehidupan dua lelaki berlainan latar belakang pekerjaan dan status hidup, iaitu Adam (Remy Ishak) dan Sufian (Beto Kusyairi).

Adam merupakan seorang ketua pegawai eksekutif muda yang berjaya dan sangat komited dengan kerja. Status kehidupan berjawatan tinggi dan kaya-raya yang dimiliki Adam membuatkannya sentiasa yakin bahawa tiada siapa mampu menandinginya.

Berbeza pula dengan Sufian, budak penghantar pizza yang bersikap 'happy-go-lucky' dan bersahaja. Bagi Sufian, tidak perlu bersusah-payah atau rumit memikirkan tentang hidup kerana aturan hidup sudah ditentukan oleh-Nya. Justeru, cita-cita jangka masa panjangnya hanyalah ingin bermain pool selepas waktu bekerja.

Suatu insiden telah berlaku di mana nasib kedua jejaka ini telah bertukar. Adam dan Sufian terperangkap dalam dua dunia berbeza tanpa diketahui puncanya.

Adam yang selalu dilimpahi sukses secara tiba-tiba terbabit dengan satu kes pecah amanah menyebabkan dia dipecat serta kemewahannya ditarik secara mendadak, termasuk karier, status dan tunangannya.

Bingung dengan situasi tersebut, Adam bertekad untuk mencari siapa dalang di sebalik kejatuhannya itu.

Lain ceritanya dengan Sufian yang tiba-tiba diberikan jawatan tertinggi di syarikat serta kemewahan yang tidak pernah diimpikannya dari segi rumah, pakaian dan kedudukan.

Pun begitu, dia menemui sesuatu yang mencurigakan dan berkait rapat dengan dengan kejatuhan Adam.

Apakah insiden yang menyebabkan kehidupan kedua pemuda ini bertukar? Mampukah mereka bertahan hidup dalam dunia dua yang berbeza? Segalanya akan terjawab dalam filem tempatan hebat ini!

Lucu tapi bermakna!

Jika dilihat pada tajuknya, pasti tergambar di fikiran bahawa filem ini berkisar tentang dunia korporat dan perniagaan sebagai subjek utama.

Hakikatnya, ia sebuah naskhah ringan dan menghiburkan, tetapi sarat dengan mesej yang menyentuh tentang norma-norma masyarakat kita pada hari ini.

Olahan skrip filem ini sangat kreatif dan berjaya disampaikan oleh Remy apabila dia perlu melakonkan watak serius tetapi menuturkan dialog yang kelakar.

Kemunculan Beto di layar perak yang sangat dinanti-nanti oleh penonton juga sangat berbaloi, apatah lagi dalam CEO aktor tersebut sangat menyerlah membawa watak bersahaja dengan cara yang mengagumkan.

Justeru, tidak keterlaluan jika penulis menyifatkan CEO sebagai filem tempatan paling hebat ditayangkan di pawagam setakat ini dalam tahun 2014.

Saksikanlah putaran nasib penuh kejutan insan-insan yang ingin bergelar CEO di pawagam mulai 12 Jun ini!

CEO
PENGARAH: Razaisyam Rashid
PELAKON: Remy Ishak, Beto Kusyairy, Cristina Suzanne, Anas Ridzuan, Deanna Yusof, Datuk Jalaluddin Hassan, Mustaqim Mohamed Zaki, Naque Ariffin, Kirin Muhammad & Aloy Paradoks.
GENRE: Komedi
DURASI: 1 jam 48 minit
KLASIFIKASI: U
TAYANGAN: 12 Jun 2014

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Ad unit

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Sembang Ad

BFM - 78™ REQUEST

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Latest News