• Penduduk berpindah ke kawasan selamat selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.  
  • Penduduk berpindah ke kawasan selamat selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras. 

PUL-E-KHUMRI - AFGHANISTAN. Lebih 100 orang terkorban manakala ribuan yang lain cedera dalam kejadian hujan lebat dan banjir di daerah Gazargah-e-Noor, wilayah utara Baghlan, Afghanistan, kelmarin.

Gabenor daerah Noor Mohammad Gazar berkata, puluhan kediaman turut musnah akibat dihanyutkan arus deras dan jumlah kematian dijangka terus meningkat.

"Angin kuat, hujan lebat dan hujan batu telah menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dan mencederakan ramai penduduk hanya dalam tempoh sejam," katanya dipetik AP.

Menurutnya, kesemua laluan menuju ke Gazargah-e-Noor rosak teruk dan penduduk kini amat memerlukan bantuan segera.