BFM - 78™

Seleksi Muzik Rileks Terhebat

Menyiarkan maklumat dan program hiburan radio yang berkualiti berkonsepkan seleksi muzik yang santai dengan pilihan muzik yang terhebat.MISI's - BAYANGANFM

Copyright © BFM - 78™ | Powered by AddonCreative(20142307C)
Design by addoncreativemedia | www.bayanganfm.net sistem Shoutcast 2014 V2

Follow us on facebook

TENGGELAM BERSAMA RM3,500

Kota Bharu: Seorang pemuda sempat menjerit meminta tolong sebelum lemas bersama wang tunai RM3,500 yang disimpan di dalam poket seluar, dalam kejadian di Sungai Seterpa, Binjai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa, Mohd Hanif Mohd Zain, 20, dari Kampung Belukar, Bukit Marak, dekat sini, lemas di sungai itu selepas dikatakan membuang air kecil ketika memancing bersama rakan di Kolam Memancing 99 Seterpa, berhampiran sungai berkenaan.


Bagaimanapun, rakan mangsa hanya memaklumkan kejadian itu kepada ayah mangsa, Mohd Zain Kassin, 60, pada jam 11 pagi kerana menyangka keluarga mangsa berada di Machang.

Mohd Zain kemudian ke tempat kejadian dan menghubungi bomba.
FotoANGGOTA PPDA mengangkat mayat mangsa yang ditemui di dasar Sungai Seterpa, Binjai.

Mayat Mohd Hanif ditemui pada jam 4.50 petang, kelmarin oleh sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan sebelum diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.

Mohd Zain berkata, sebelum kejadian, dia sempat meminta arwah mengeluarkan RM2,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sambil menyerahkan kad bank sebelum arwah memaklumkan mahu keluar memancing bersama rakannya.

Katanya, sebelum itu, isterinya, Hameedah Kasor, 52, turut memberikan RM1,500 kepada arwah bagi membeli besi untuk membuat pagar kedai runcitnya yang akan dibuka tidak lama lagi.

“Bagaimanapun, pada jam 11 pagi tadi (kelmarin) saya dimaklumkan Mohd Hanif lemas di sungai.

“Rakan arwah yang memancing bersama-samanya mendakwa lambat memaklumkan kejadian itu kerana terlebih dulu ke Machang kerana menyangka saya di sana,” katanya.

Menurutnya, dia segera ke tempat kejadian dan menghubungi bomba sebelum mayat anaknya ditemui.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Ad unit

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Sembang Ad

BFM - 78™ REQUEST

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Latest News