BFM - 78™

Seleksi Muzik Rileks Terhebat

Menyiarkan maklumat dan program hiburan radio yang berkualiti berkonsepkan seleksi muzik yang santai dengan pilihan muzik yang terhebat.MISI's - BAYANGANFM

Copyright © BFM - 78™ | Powered by AddonCreative(20142307C)
Design by addoncreativemedia | www.bayanganfm.net sistem Shoutcast 2014 V2

Follow us on facebook

Final Piala FA: Enam disyaki bakar suar ditahan


SHAH ALAM - Polis menahan enam individu kerana disyaki membakar suar ketika perlawanan akhir Piala FA 2014 antara skuad bola sepak Pahang dan Felda United FC di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Ruslan Abdullah berkata insiden itu sepatutnya tidak berlaku kerana bahan tersebut dilarang daripada dibawa masuk ke stadium memandangkan ia boleh membahayakan penonton.

"Setelah keterangan daripada individu berkenaan yang berumur dalam lingkungan 20-an diambil, kes ini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih sebulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pahang muncul juara selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Felda United.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Ad unit

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Sembang Ad

BFM - 78™ REQUEST

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Latest News