BFM - 78™

Seleksi Muzik Rileks Terhebat

Menyiarkan maklumat dan program hiburan radio yang berkualiti berkonsepkan seleksi muzik yang santai dengan pilihan muzik yang terhebat.MISI's - BAYANGANFM

Copyright © BFM - 78™ | Powered by AddonCreative(20142307C)
Design by addoncreativemedia | www.bayanganfm.net sistem Shoutcast 2014 V2

Follow us on facebook

Budak maut dikelar sebelum berbuka Puasa - Beluran Sandakan



http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budakmautdikelarsebelumberbuka/pix_gal1?harianmetro
                                                       Sumber gambar Mymetro

BELURAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati akibat kecederaan di bahagian leher dipercayai dikelar dengan sebilah parang oleh pakciknya di belakang sebuah restoran di Kampung Gambaron Telupid, petang Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Superintenden Sivanathan Velautham berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Khairul Aize Abdullah, 4, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Telupid akibat kecederaan di bahagian leher.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, suspek berusia 23 tahun yang merupakan adik kepada ayah mangsa berada di restoran berkenaan bagi berbuka puasa bersama anggota keluarga.

Beliau berkata, suspek telah mengambil sebilah parang pemotong daging, lalu memanggil mangsa yang pada masa itu sedang bermain dengan sebuah kipas angin di dalam restoran berkenaan.
“Suspek kemudiana membawa mangsa ke bahagian belakang restoran berdekatan tandas sebelum dipercayai mengelar leher mangsa dengan parang yang dibawanya,” katanya.

Sivanathan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian leher menjerit kesakitan sebelum anggota keluarga menyedari kejadian itu.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid untuk menerima rawatan, tetapi disahkan meninggal dunia di situ.

“Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu kemudiannya menahan suspek yang diserahkan oleh anggota keluarga serta merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk kelar leher mangsa.

“Setakat ini, tidak diketahui punca kenapa suspek secara tiba-tiba bertindak sedemikian kerana suspek tidak ada bergaduh atau marah dengan sesiapa di restoran itu,” katanya sambil memberitahu suspek dipercayai ada masalah mental.

Sivanathan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.
Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Read more: thebroneopost News Sabah

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Ad unit

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Sembang Ad

BFM - 78™ REQUEST

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Latest News